Thursday, February 14, 2008

Cubalah Jadik Bijak Skit

"Minyak petroleum yang dikeluarkan dari perut bumi Malaysia hanya sesuai untuk dijadikan minyak jet, dan atas sebab itulah maka kita tidak dapat gunakan untuk menampung kenaikan harga minyak dunia dan terpaksa menaikkan harga minyak tempatan", kata Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zahid Hamidi ketika disoal oleh Dr. Muhammad Agus di dalam rancangan Hujah terbitan TV9.

Saya tak tahu samada hendak ketawa atau menangis mendengar alasan daripada Zahid ini. Apa yang pasti, jawapannya bukan menyelesaikan permasalahan semasa rakyat tetapi sebaliknya mengundang banyak persoalan di dalam benak fikiran kita. Mungkinkah menteri dan timbalan menteri ini memang semuanya b*ng*p dan l*mb*b belaka atau memang kegemaran mereka bersandiwara secara kurang bijak sepanjang masa di hadapan rakyat.

Kita ikuti seterusnya perbualan (secara ringkas) antara Dr. Agus dan Zahid:

Dr. Agus: Dato' Seri Anwar Ibrahim dan pihak pembangkang telah berjanji bahawa jika mereka berjaya memerintah Malaysia, harga minyak akan diturunkan 30 sen serta merta? Apa pandangan Datuk?

Zahid: Inilah masaalah dengan pembangkang, tak habis-habis meracuni fikiran rakyat. Minyak petroleum yang dikeluarkan dari perut bumi Malaysia hanya sesuai untuk dijadikan minyak jet, dan atas sebab itulah maka kita tidak dapat gunakan untuk menampung kenaikan harga minyak dunia dan terpaksa menaikkan harga minyak tempatan. Cuba lihat negara-negara lain seperti Singapura dan Thailand, harga minyak mereka jauh lebih mahal daripada di negara kita ……..

Dr. Agus: Tetapi mereka ini bukan negara pengeluar minyak sedangkan negara kita pengekspot minyak ……..

Zahid: Betullah negara kita pengekspot minyak, tetapi saudara kena ingat bahawa kerajaan terpaksa berbelanja sebanyak RM 40 bilion setahun bagi subsidi minyak. Dengan jumlah wang yang begini banyak banyak lagi projek lain yang boleh kita buat untuk kesejahteraan rakyat …….

Dr. Agus: Bukankah dengan menurunkan harga minyak itu merupakan satu kesejahteraan kepada rakyat ………?

Zahid: Betul, tetapi semua lapisan rakyat tak kira bawa Mercedes atau Proton akan mendapat faedah yang sama jika kita menambah subsidi minyak ……..

No comments: