Saturday, December 15, 2007

my ACL Operation

08 Dec 2007 - Aku telah menajalani satu operation lutut kiri,akibat kecederaan ACL (Anterior Cruciate Ligaments), di Kajang Plaza Medical Centre, Kajang, Selangor.

Lutut kiri aku ni tercedera disebabkan terjatuh semasa bermain volleyball untuk team UIAM di pertandingan Sukan Staff Malaysia (SUKUM) pada bulan June 2006, di UPM Serdang.
Waktu tu masa sedap dok spike bola di udara, bila nak landing lantai licin sbb pakai kasut dah uzur. Bila landing dah tak balance, lutut tersenget skit bila kaki cecah lantai, trus bunyi "prapp" di bahagian lutut, terus jatuh. Tahan sakit ... aduhhhh

Waktu tu jadi team captain ... bila captain dah out, terus player agak kucar kacir skit ... kalah straight 0-2 dgn UTHM. Walaupon sebelum injured tu, aku dah spike dpt point 3 bijik, team kitorg tengah lead ... tetapi akhir nya terpaksa mengakhiri game dengan kekalahan.

So, ni kene bercuti lah 4 bulan, ikut kata doktor.
Huhuuuu...