Friday, August 22, 2014

Renovate rumah sikit

22 Aug 2014 - buat renovation skit di rumahku, kasik simen di bghn porch depan, dan buat naik pagar batu skit.









Wednesday, May 28, 2014

Menyampaikan hajat sahabat-sahabat @rumah anak Yatim

Salaam.

Pada 26 May 2014 yang lalu,
saya telah menghadirkan diri ke rumah anak2 yatim dan asnaf ar-Rahmaniah, Taman Keruing, Pekan Rasa, Hulu Selangor.
Kehadiran saya hanyalah sebagai WAKIL yang bertujuan untuk menyampaikan sedikit bantuan sedekah daripada sahabat-sahabat IT Division, IIUM yang ingin memberi sadakah dan ber-infaq, serta - ada yang ingin menunaikan bayaran fidyah.
Antara yang dihantar adalah antaranya adalah beras dan kiriman wang tunai.

Jadi, akhir kata, semua hajat tuan2 puan2 telah saya tunaikan.
Ucapan TERIMA KASIH daripada Puan Asmah, pengetua rumah berkenaan yang diwakilkan kepada saya untuk disampaikan kepada semua sahabat-sahabat sekalian.

Wassalam.


Antara anak2 yatim di rumah berkenaan..

Kak Aisah, pembantu rumah Ar-Rahmaniah.


Sunday, April 20, 2014

Berniaga di Car Boot Sales di IIUM

Berniaga di Car Boot Sales @UIAM.

Aku & kawan2 cuba melibatkan diri dalam dunia perniagaan ada 20 April 2014.
Antara yang terlibat pada hari kejadian :
- Wanie & dibantu adik2 nya
- Cda Cdot
- Nor Amizan
- Kak Aya & suami
- aku & my bizz

TQ kpd sis June yang membantu membuka peluang dan mem-promote perniagaan kami.









Saturday, April 19, 2014

Bantuan untuk rumah Ar-Rahmaniah

19 April 20014 - aku menghantar sedikit barang2 bantuan untuk Rumah Anak2 Yatim & Asnaf Ar-Rahmaniah di Tmn Keruing, Pekan Rasa, Hulu Sgor.

Bantuan barang2 ini semua adalah sumbangan ikhlas drpd sahabat2 dari ITD , UIA Malaysia.

Semoga bantuan ini dpt membantu meringankan beban anak2 yatim dan asnaf ini.







Wednesday, April 16, 2014

10 Keajaiban Sedekah ...

Dalam penjelasan tentang makna istilah dari zakat, kita telah mengetahui bahawa zakat adalah kewajipan harta yang spesifik,memiliki syarat tertentu, hak orang tertentu dan waktu tertentu. Sedangkan infaq iaitu mengeluarkan harta yang mencukupi zakat dan bukan zakat.
Infaq ada yang wajib ada yang sunat. Infaq wajib, di antaranya infaq kepada fakir miskin sesama Muslim, infaq bencana alam dan sebagainya.
Sedangkan sedekah maknanya lebih luas dari zakat dan infaq. Sedekah boleh bermakna infaq, zakat dan kebaikan bukan material. Dalam hadis riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w. memberi jawapan kepada orang-orang miskin yang cemburu terhadap orang kaya yang banyak bersedekah dengan hartanya, beliau bersabda :
Setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir sedekah, setiap tahmid sedekah, setiap tahlil sedekah, amar ma’ruf sedekah, nahi mungkar sedekah dan menyalurkan syahwatnya pada isteri juga sedekah."

Sedekah adalah ungkapan kejujuran (shidq) iman seseorang. Oleh kerana itu Allah s.w.t. menggabungkan antara orang yang memberi harta di jalan Allah dengan orang yang membenarkan adalah pahala yang terbaik. Antara orang yang bakhil dengan orang yang mendustakan. Disebutkan dalam surah al-Lail ayat 5-10 yang bermaksud :
"Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya (jalan) yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami menyiapkan baginya (jalan) yang sukar."


Saturday, April 5, 2014

Berniaga di Hari Sukan MTSFAZ @KSL Sri Gombak

Salaam.

Kali ini, ada 05 April 2014, aku telah join berniaga di Hari Sukan Sekolah MTSFAZ (Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahraa) yang telah dilangsungkan di KSL baru, Sri Gombak.

Antara rakan2 yang join berniaga ialah:
- Salwani & adik2
- Azman (suami sis Khuzaimah)
- aku & my bizz

Cda Cdot & adiknya Haziq turut hadir untuk membantu sedikit sebanyak.

Terima kasih diucapkan pd semua.