Sunday, April 7, 2013

Lawatan Menunaikan AMANAH (Bantuan) ke rumah anak yatim Al-Rahmaniah, Rasa.

Alhamdulillah, pada hari Ahad, 07 April 2013, jam 10.30am, saya dan beberapa orang rakan di Tmn Lily , Seksyen 5B Antara Gapi berjaya menyampaikan amanah rakan2 utk memeberi bantuan keperluan hidup, kpd rumah anak2 yatim Al-Rahmaniah di Taman Keruing, Rasa, Hulu Selangor.

Semua bantuan ini adalah hasil daripada sumbangan :
(a)  Penduduk2 Taman Lily Seksyen 5B Antara Gapi, Serendah dan keluarga.
(b)  Rakan2 kpd  Penduduk2 Taman Lily Seksyen 5B Antara Gapi.
(c)  Sumbangan drpd Staff UIA Malaysia Gombak dan UIA cawangan Kuantan.

Saya dengan ini ingin menyampaikan ucapan JUTAAN TERIMA KASIH daripada pihak rumah anak2 yatim Al-Rahmaniah kpd tuan2/puan2 yang memberi sumbangan, seperti yang disampaikan oleh Puan Asmah dan Encik Rahim, penaung dan penjaga rumah tersebut.

Semoga Allah sahaja yang mampu mebalas jasa baik anda semua. AMIN.
Terima kasih.