Thursday, November 16, 2017

my GL bertukar milik kepada owner baru ...

15 Nov 2017 - Hari ini, hari terakhir aku memandu my Grand Livina, yang dibeli sejak Oct 2009, sebaya dengan kelahiran anakku yang ke-3, Azra Nurhayfa.

Pada hari ini, my GL akan berpindah milik kepada owner baru, seorang ex army pencen dari Melaka bernama En. Razali bin Kamari.

Pagi ni, aku basuh skit GL ni, lepas tu ada sedikit masalah hon asyik berbunyi, mungkin disebabkan clock spring yang aku tukar beberapa bulan Jun yang lepas. Aku bawak ke kedai di Batu Caves untuk check problem tu, alhamdulillah settle, sebab ada wayar clock spring yang terkepit dalam steering tu.

Lepas tu, alang2 situ, aku cuci lampu depan kasik kilat dan tukar nom plate kepada kad yang baru.

Dalam pukul 2pm, aku dan wife terus ke JPJ untuk bertemu En. Razali, yang sudah tiba awal di sana, untuk proses penukaran hak milik. Dalam pukul 2.15pm, akhirnya aku bertemu En. Razali di JPJ Wangsa Maju, dan kami bersetuju dengan harga yang ditetapkan dalam rm25K dan dibayar cash. En Razali dah tengok kereta dan berpuas hati dengan condition semua yang ada.

Sekitar jam 3pm, semua urusan selesai dan di-akhiri linangan airmata Puan Haryati (owner lama) dan diikuti dengan hujan ribut yang amat lebat.

cuci kereta ...

cuci kasik bersih ... luar & dalam.

baiki clock spring dan cuci lampu kasik clear... dan tukar papan nom plate baru

tiba di JPJ Wangsa Maju, KL

Proses penukaran hak milik ...

Penyerahan kunci ... dari Puan Haryati kpd En. Razali


Friday, October 20, 2017

my GL at CARSOME...

19 Oct 2017 -  Hari ni, aku bawak krete aku, Grand Livina Impul 1.6cc untuk inspection ke sykt CARSOME. FYI, kereta GL ni aku beli sejak Oct 2009, dan sekarang dah guna selama 8 tahun. Bajet nak tolak GL ni kat depa la... tgk dulu camna, kena tak dengan harga yang ditawarkan.

Selepas inspection, harga yang ditawarkan hanya dalam rM 19K sahaja ... yang mana aku rasa agak rendah. So , tak jadi tolak my GL kepada CARSOME. Balik je lah.










Saturday, October 14, 2017

my GL siap cat bodi

13 Oct 2017 - my GL siap di-cat, dah cun kembali.

TQ Mi-G Turbo.







Wednesday, October 11, 2017

my GL dihantar ke bengkel untuk cat bodi ...

10 Oct 2017 - my GL ni dalam proses untuk ditolak ... untuk dijual. So, sebelum nak snap gambar bodi, disebabkan bodi nya banyak sgt calar2 kemik sana sini, aku dh decide untuk buat cat baru.

So, setelah mencari2 tempat, akhirnya terjumpa bengkel Mi-G Turbo ni, teletak di lokasi Batu 4, Jalan Gombak, berdekatan dengan Kmpg Padang Balang, Jalan Sentul.

So, setelah setuju dgn harga oleh tokey nya, Bro Miji, sekitar RM 1.3K, aku hantar lah kereta ni untuk cat. Tinggal dulu di bengkel untuk 3 hari.